Friday, April 9, 2010

Cabar diri

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi:

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain:

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak.

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati:

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya.
Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita?

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif:

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif.
soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:


Kenapalah aku gagal?

Mengapa nasib aku sentiasa malang?

Kenapalah orang semua tak suka aku?

Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.


Apa yang belum aku lakukan lagi?

Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?

Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?

Siapa yang boleh bantu aku?

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda:

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita
~Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula.
~`Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita. ~ADAPTASI DARI:Dr.Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails