Tuesday, March 30, 2010

lawak lawak


Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini…??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli: Ahhh…?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa… memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pak Pandir Beli TV

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?

Penjual : Ada.

Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Prasejarah

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?

Pakcik: Pakcik nie nak bertanya… agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.

Pakcik: Terernya awak… macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?

Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Muntah-muntah

Suatu hari di negara Eropah diadakan sat u pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..

Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..

Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,

Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh…

Baru 1 minit… 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ANAK DAN BAPA

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.

Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!

Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?

Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.

Ayah: Apa yang cikgu tanya?

Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.

Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah mele takkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya
!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kawan

1) kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2) kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3) kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bkn mcm PELANGI.
Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
skejap ade skjp tak..

9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10) lagi…..kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. .
bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..bagi saya, kawan tu penting.Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.Yang penting, seorang kawan akan
sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya…

~ FRENSHIP FOREVER frenship never ends….~

Thursday, March 18, 2010

Wanita

Nafsu mengatakan wanita cantik
atas dasar rupanya
Akal mengatakan wanita cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya
Hati mengatakan wanita cantik
atas dasar akhlaknya
Dan iman mengatakan wanita cantik
atas dasar agamanya
Wanita itu sendiri adalah rahsia....
Peliharalah dirimu sebaiknya..

Sedar Diri

Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

Tuesday, March 16, 2010

YA ALLAH ampunkan daku..

YA ALLAH S.W.T ampunkan aku.......itulah ayt nyer kalo rase diri nie terlalu jauh ngan DIA.sehari2 idupku mmg ler xde buat dose2 besr(merompk,mencuri,)tapi mne ku tahu aku xbuat dose? kekadang ku terpikiR jugak.adakah ujian atau musibah tuhan bg kat aku nie.nak menguji aku? atau satu amaran dari DIA?aku penah dengar ustz zaharuddin ckp dia kata:kalo rezeki atau nikmat hidup kita ditarik sikit demi sikit mungkin ade yg xkene yg kite buat atau mungkin juga itu salh satu cara DIA nak menambahkan ganjaran pahala pade kita.sekiranya kita bersabar(mcamtulah ayat nyer walau xberape tepat dengan bhase n cara penyampaian ustz tapi point nyer disitu)bila aku pikirkan balik dlm kes aku nie aku tergolong yg mne satu?diuji atau mmg aku selama ini lalai dari mengingati DIA?atau mungkin juga kedua-dua nya......tapi dalam setiap masalah yg aku hadapi mmg ler aku cepat gelabah xtahu nk bg tahu saper even pde family.xnk diorang risau..dlm setiap masalh yg aku hadapi cepat masalh tu datang cepat juga di pergi.kekadang tu kalo aku ada masalh jew.mmg stail ku xberape suka share masalh dengan owg len.itu dah mmg tabiat agak nyer.kekadang tu ade gak mmber2 tye ko ade masalh ke?..pe ku menafikan nyer(p/s:kalo ku ade msalh pon bukan nyer msalh couple2 ok..tlg sikit..hehe) tapi ku bersyukur sangat..setakat hari ni..even kalo ku ade masalah besr mne pon ...penyelesain dia mesti senang jew aku buat..betol jugak kata org xde masalh yg xde penyelesain....tapi aku sedar mnde ni bila aku stat berdoa dulu sblum cari solution ...penah gak ku doa dengan sungguh2 dengan sepenuh ati meleleh gak le..sbb mase tu dah tahu nk mintak tlong saper dah...nk ckp kat family pon..blum tentu family bolih tlg lagi buat diorang risau ade le.nak ckp ngan mmber2 pon..entah le..mcam ku ckp tdi r mmg stail ku xsuke citer prop kat owg....mintak dengan sungguh kat DIA mintak dengan penuh hati...ku rase sayu sgat..rase pilu sgt ..rase..xtahu le nak ckp rase camne ..kalo ade sesiape yg bce nie n penah mintak doa dengan sepenuh ati..ku caye korang bolih rase ape yg aku rase mase tu.....ternyata Tuhan itu MAHA AGUNG..MAHA ADIL...MAHA PEMURAH....MAHA PENGASIH...ketenangan yg hadir dalm hati ku selepas berdoa dengan bersungguh2 tu xdapt aku gambarkan dengan kata2..betapa seronok nyer..mcam masalh semua dah selesai.....sesungguh nyer DIALAH yang menakluk hati2 manusia...menguji dengan ketakutan ,kemiskinan,bencana..semata2 ingin melihat keimanan hamba Nya..bkan DIA xtahu kalu DIA xuji kiter...sesungguhnya TUHAN itu MAHA LUAS PENGETAHUANNYA...tetapi kenapa tetap diiji? itulah yg kita sbagi hamba harus fikirkan n amik pengajaran..sudah tentu sebagai manfaat kite bersama .sebagaimana kita disyariatkan untuk ziarah owg sakit,orang mati..itu semo supaya kita dapat mengingatkan diri yg kita juga akan tua..akan sakit dan akan mati.......ALLAHHUAKBAR SUBHANALLAH...beruntunglah bagi orang yg sentiase hatinya kepada-MU....xlekang mengigati-Mu...menyebut nama-MU....
sekadar disini dlu curahan hati hamba yang hina lagi dhaif....Ampunkan aku YA ALLAH ampun kedua ibubapa ku,sanak saudara ku..sahabat2 ku,mereke2 yang membaca tulisan ku ini dan ampukanlah kaum muslimin dan muslimat yang berjuang menuntut ilmu Mu demi mencari keredhaan mu.....sesungguhnya hidup diperantauan amat payah ,getir,lelah,lesu,hina,kerdil,sunyi,putus asa....itulah yg sering ku rasa jika ENGKAU tidak membimbing ku kepada Siapa lagi harus ku serahkan hidup dan mati ku ini YA ALLAH.hanya keada mu aku serahkan seluruh jiwa dan raga,hidup dan mati ku...selawat dan salam keatas junjungan besar nabi akhir zaman Muhammad s.a.w manusia paling mulia dibumi ini dan para sahabat yang berjihad menegakkan agama MU.........


DARI:Hati yang dahagakan cinta dariMU

Saturday, March 13, 2010

Dad & Son

While Dad was polishing his new car, his 4 years old son picked stone & scratched lines on the side of the car.
In his anger, Dad took the child’s hand & hit it many times, not realizing he was using a wrench. At the hospital, his child has already lost his all fingers & child asked....
“Dad when will my fingers grow back?” Dad was so hurt.
He went back to car and kicked it a lot of times.
Sitting back he looked at the scratches, child wrote “I LOVE YOU DAD”.

Moral Of The Story: Anger And Love Has No Limits!

Wanita Solehah


Tangisan sanubari telah terhenti
kala suram suria memancar sinarnya
pertemuan seindah bayangan firdausi
menjadi zikir kasih yang suci
lukisan dua jiwa menjadi satu
terkenang detik bertemunya kau dan aku
santun berhikmah
mengingatkan diri
hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
bertemu kasih tanpa jasad
bicara tanpa suara
hanya tulisan bahasa indah
mengeratkan antara kita
hinggalah keakhirnya

kau ku sanjung kerna pengorbanan
bagai puteri dikayangan
tika ku lesu hadapi hidup
kau hembuskan nafas semangat
penawar hati..........

Friday, March 12, 2010

Puisi Ketika Cinta Bertasbih


Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

~~~~~~~~~~~~~

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan

Crush

Crush??????????pernahkah korang merasai nya,sanaebagai manusia bisa sy rase ianya normal kerana mmg fitrah manusia diciptakan dgan perasaan ingin kasih mengasihi.TAPI bagaimana cara kite mguruskan perasaan itu adalh sgt pentg supaya xterjadinya maksiat n kemungkaran.

jatuh hati ni bukannya kita boleh nak/tak nak.. ia akan datang dgn sendirinya.. bukannya kita boleh halang.. mulut mmg kata tak, tapi hati siapa yg tahu.. jgn sesekali kita menipu diri sendiri.. jadi sbnrnya xtimbul pun soal boleh atau xboleh, sbb ianya hampir pasti akan berlaku, dengan izin Allah Ta'ala..

jatuh hati itu fitrah yang tercipta bersama hakikat penciptaan manusia.. tetapi bagaimana kita menguruskan perasaan terjatuh hati, itu yang dibatasi syara'. kadang2 kita jalan2, tetiba terkalih pandangan kita akibat feromon?? jatuh hati ni benda yang normal. kita ambil perumpamaan yg simple, klu applicable la.. kita ibaratkan seperti lapar.. dibenarkan tak kita berlapar? bukan soal boleh atau xboleh, mmg kita akan merasai lapar, cuma bagaimana kita mengawal lapar itu, itu yg telah ditetapkan dlm syari'at.; mencari makanan dari sumber yg halal, juga adab makan minum dan sebagainya. sama juga dlm kes jatuh hati ini, bgimana sebenarnya kita menguruskan perasaan ini; dgn istikharah, perbincangan dgn rakan yg amanah, bersabar dsb..

maaf juga andai tersalah pandangan di mana2. wallahu a'lam
..

Azab meninggalkan Solat

Berwaspada 15 azab bagi orang yang meninggalkan sembahyang.
6 Azab di dunia
1- Dihilangkan keberkatan umurnya.
2- Tehapus tanda-tanda orang solleh di mukanya.
3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya
6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN

3 azab ketika hampir mati
1- Kematianya penuh kehinaan
2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.

3 Azab di dalam kubur
1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2- Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di-
atas bara api itu.
Datang seekor ular bernama Syujja' Aqra, suaranya laksana
petir, ia berkata, " Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan
menyeksa kamu dari zohor hingga asar kerana kamu meninggalkan
fardhu zohor, dari asar hingga magrib kerana meninggalkan fardhu
asar''....Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari
qiamat.

3 Azab ketika bertemu ALLAH SWT
1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu
lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya.
3- Baginya azab yang amat pedih.

Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat.
1- Hati cenderung kepada maksiat
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia.
( Refer kepada lagu nasyid kanak-kanak kecil- Sepohon kayu)

Try ler lagiiii....


Alahai le badan ..punyer le nak sangat kat template blossom ni.sampai blog ku dah jdi kucar kacir dah.entah camne ntah dah jdi cam plik jew blog ku ni .adoyaii...ni le kene blajar byak lagi ni.tutorial blog...............aiiii sabar jew le...sabar separuh dari iman.emmmmm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails