Saturday, April 24, 2010

sIKsa MauT

KITA BOLE BAYANGKAN KESAKITAN MAUT BEGINI…..
KITA TAHU BAHAWA ANGGOTA BADAN KITA YANG TIADA ROH BILA DIPOTONG TIDAK AKAN MERASAI KESAKITAN. CONTOHNYA KUKU, RAMBUT ATAUPUN KULIT YANG TELAH MATI.

TETAPI KAWASAN KULIT ATAU ANGGOTA YANG MASIH HIDUP ADA KAITAN DENGAN ROH.KAWASAN NI KALU KENA CUCUK NGAN JARUM SKIT PUN DAH RASA SAKIT SANGAT SEBAB ADE KAITAN NGAN ROH. ROH NI ADA DALAM BADAN KITA TERSEBAR DARI KEPALA KITA KE HUJUNG KAKI.

FAHAM TAK??? MAKNANYA ROH KAT JARI TAK LA SEBANYAK ROH YANG ADE KAT KEPALA SEBAB JARI KECIK SKIT DARI KEPALA…..
TAPI CUBA BAYANGKAN MACAM MANA KALU KITA NAK PISAHKAN ROH YANG ADE SKIT KAT JARI TU DARI BADAN KITA. AMBIK PISAU LEPAS TU KITA KELAR KELILING JARI KITA SAMPAI PUTUS…..BOLE BAYANG TAK SAKITNYA CAMNO….??? SAKIT TU SEBAB ROH YANG SKIT KAT JARI KITA TU NAK DIPISAHKAN DARI KITA.

HUHUHU……..TU BARU SKIT JER TU. MAUT PULAK ADALAH SATU PROSES SECARA DIRECT MENARIK ROH DARI HUJUNG KAKI KE HUJUNG KEPALA…ADOI SAKITNYA!!!!
MELALUI SETIAP URAT DAN DARAH DAGING KITA.
MASA POTONG JARI TADI KITA MASIH ADE BANYAK ROH LAGI KAT BADAN KITA SEBAB ROH JARI YANG SKIT JER DIPISAHKAN. TU PASAL KITA MASIH BOLE MENJERIT DAN MENGELUPUR DAN MENGERAKKAN KAKI DAN TANGAN.
TAPI BILA MAUT YANG SEBENAR KITA DAH TAKLEH BERGERAK DAN MENJERIT DAH SEBAB TERLAMPAU SAKIT ABIS KUAT PUN KALU ADA BUNYI NAFAS JER DENGAR…….( CITER HINDUSTAN BOLE LA BUAT LAWAK)

BILA ROH KENA HERET KUAR DARI BADAN MULA2 KAKI LA MENJADI SEJUK DULU SEBAB ROH MULA DIHERET KUAR MELALUI KAKI. SELEPAS KAKI BETIS PLAK JADI SEJUK, KEMUDIAN PAHA. BEGITU LA TIAP2 ANGGOTA TUBUH MENJADI SEJUK SATU DEMI SATU TIAP2 ANGGOTA BADAN MERASAI KESAKITAN SEPERTI DIPOTONG. LAST SEKALI BILA SAMPAI KAT KERONGKONG CAHAYA MATA PUN TERHAPUS.

“ YA ALLAH!PERMUDAHKAN BAGIKU AKAN KESAKITAN MATI DAN NAZAK.”

Friday, April 23, 2010

Cahaya Hidup

Thursday, April 22, 2010

Demi DIA~dipetik dr ILUVISLAM

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.


Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Friday, April 9, 2010

Cabar diri

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi:

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain:

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak.

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati:

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya.
Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita?

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif:

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif.
soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:


Kenapalah aku gagal?

Mengapa nasib aku sentiasa malang?

Kenapalah orang semua tak suka aku?

Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.


Apa yang belum aku lakukan lagi?

Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?

Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?

Siapa yang boleh bantu aku?

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda:

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita
~Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula.
~`Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita. ~ADAPTASI DARI:Dr.Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad

Imtihan mood

setelah sekian lame nye ku xmerapu di meja penaku..hari ini bg memenuhi hak batin ku yg menjerit2 n meronta2 mintak mencurahkan isi kepala yg sekian lame nyer terbeban dek assigmnt n class yg mencurah2 untk dihadiri dgn jiwe kosong.....haaaaahhhh......mengeluh pjg aku hari nie..cz bile pk balik dh ready ke nk g berperang nie...xlame dah nk perang...pedang xasah lagi..perisai xde lg...jiwe xkental lgi...emmmmm........xpe2 actually aku lgi prefer hidup yg byak tugas dr boring jew duk kat bilik duk wat kuak lentang kat katil kesyanganku..

well skrang nie aku nk senaraikan benda2 yang aku nk target untuk sem depan


1.bekerja lagi bersistematik/terurus
2.try not to scary wt others people especilly other races
3.lebih byak wat presentation lagi bgus:high my confident level
4.lebih byak msuk aktiviti:xjdi cam batu/tunggul
5.manage well my money
6.penampilan:as long as menutup aurat n sopan
7.lagi banyak mmbaca
8.jgan malu bertanya:nie sbenar nye target sjk dr sekolh g
9.kumpul banyak2 kawan
10.mantapkan bhase ingeris: speak wt others
11.jauhi sikap negetif:thinking about other people like this n like that
12.alwayzzz smile: make it as habit
13.lebih byak amik berat pasal kelurga:kerap call
14.jaga hati,minda,jiwe,mata,tangan,anggota from devil
15.jadi manusia yg sempoi2 tapi xlupe agama
16.beri yag terbaik untk setiap assigment n test
17.jadikan diri adlh orang yg mndpt markah tertinggi dlm class
18.bina hubungan baik dengan lecterurs,cosmate,schoolmates
19.jadilah siape pon aku nk jadi:aslkan xlangar syaria
20.kalo ade 100 org dpt A:slh seorang adlh aku:kalo 10:slh seorang adlh aku:kalo 5,slh seorang adlh aku..kalo seorang:ITU ADALAH AKU

keyakinan dan semangat amat penting dlm berperang...semoga ALLAH S.W.T mempermudahkan urusanku...ameen YA RABB....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails